Hari Bersama Pelanggan @ Putrajaya 2016
30 Mei 2016 | Aktiviti TerkiniPada 27 hingga 29 Mei 2016, hari Jumaat hingga Ahad bertempat di Alamanda, Putrajaya telah diadakan Hari Bersama Pelanggan @ Putrajaya 2016, anjuran Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC). Tujuan Hari Bersama Pelanggan @ Putrajaya 2016 ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pengunjung di Alamanda, Putrajaya mengenai MCMC dan Pusat Internet (PI) yang terdapat di Putrajaya dan mengadakan beberapa aktiviti serta menguar-uarkan program yang telah dirancang untuk setiap PI di Putrajaya.
Bagi memeriahkan lagi Hari Bersama Pelanggan @ Putrajaya 2016 ini, PI telah mengadakan beberapa aktiviti bagi menarik para pengunjung untuk datang ke booth seperti Klik Dengan Bijak Fun Games iaitu Color Trick dan E-Learning. Pengunjung yang mencuba aktiviti Color Trick memerlukan peserta berhati-hati dengan apa yang dilihat seterusnya boleh diaplikasikan ketika melayari internet terutamanya ketika menggunakan laman sosial. Permainan ini juga mengajar peserta supaya peka dan tidak cepat menghukum atau menilai sesuatu tanpa menyelidik dan meneliti sesuatu perkara atau berita yang dibaca atau didengar. Selain itu aktiviti lain yang dijalankan seperti Promosi e-kelas PI Presint 9 Fasa 3 dan Presint 18, Promosi Openday e-kelas pada 3 Jun 2016, Promosi keahlian PI Putrajaya secara percuma dan kelebihan menjadi ahli, Juga diadakan tayangan info PI Putrajaya dan mengedarkan pamplet info PI Putrajaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: